Tajuk : Cara Setup Carta Baru Matawang Dan Indikator
Pengajar : Professor Madya Miswan Bin Surip
SETUP CARTA BARU
Langkah 1 :
Tutup semua carta yang terdapat pada halaman depan aplikasi. Klik pada "File" > "New Chart" > "GBPUSD". "Maximize" carta. Disini kita memilih pasangan matawang Great Britain dan United States.

Langkah 2 :
"RightClick" pada carta dan klik pada "Grid" untuk hilang daripada carta.
Langkah 3 :
Klik pada "Zoom" dan "Candlesticks" seperti didalam gambar.

Langkah 4 :
"RightClick" pada carta dan pilih "Properties".
Langkah 5 :
Tekan pada ruangan "Colour" dan masukkan warna seperti di bawah :
Bar Up & Bull Candle = Lime
Bar Down & Bear Candle = Red
Tekan "OK"

SETUP INDIKATOR
Langkah 1 :
Klik pada "Insert" > "Indicators" > "Trend" > "Moving Average".

Langkah 2 :
Pada ruangan "Period" , sila masukkan nombor "9" dan pilih "Exponential" pada ruangan "Method". Warna disetkan pada "Red" dan seterusnya tekan "OK".



No comments:
Post a Comment