TAJUK: CARA MELAKUKAN BACK TEST EXPERT ADVISOR
Langkah-langkah untuk melakukan Back Test Expert Advisor
LANGKAH 1:
Buka Insta Trader, kemudian klik Strategy Tester. Kemudian, setkan kepada Expert Advisor, dan pilih fail MA_MACD_EA. Selepas itu, pada symbol, pilih GBPUSD, Great Britain Pound vs United State Dollar. Pada bahagian modal pula, klik pada open price only (fastest method to analyse the bar just completed. Only for EAs that explicity control bar opening). Kemudian tick pada Use date dan setkan 2017.01.01 pada from, manakala pada To, klik pada To dan klik pada today di bahagian bawah. Seterusnya, tick pada visual mode. Untuk period, setkan kepada H1 dan spread, setkan kepada current. Kemudian, pastikan klik pada kotak optimization.
LANGKAH 2 :
Langkah seterusnya ialah klik pada Expert properties, dan kemudian klik input. Selepas itu, setkan Lots, StopLoss, TakeProfit, TrailingStop dan Slippage seperti gambar dibawah kemudian klik ok.
LANGKAH 3 :
Seterusnya, klik pada Expert properties, dan kemudian klik testing. Selepas itu, tukar nilai di Initial deposit menjadi 1000. Pada bahagian positions, pilih Long & Short. Dan pada bahagian optimization, setkan kepada balance pada Optimized parameter dan klik pada kotak Genetic algorithm dan klik ok.
LANGKAH 4 :
Selepas itu, klik pada tools > options dan kemudian klik pada Charts. Seterusnya, tick pada kotak show trade levels, show OHLC dan save deleted charts to reopen. Kemudian pada kotak max bar to history dan max bar to charts, kedua-duanya setkan kepada 9999999999999 dan klik ok.
LANGKAH 5 :
Seterusnya, klik start dan tunggu sehingga habis.
Kemudian, klik pada Optimization Results untuk melihat keputusan dan klik pada Optimization Graph untuk melihat graf. Sekiranya graf tidak seperti gambar dibawah, klik kanan pada graf tersebut dan untick pada 2D.
LANGKAH 6:
Pergi pada Optimization Graph, kemudian klik kanan dan klik copy all. Seterusnya buka Mircrosoft Excel, dan paste kan pada B2 (Column B, Row 2). Selepas itu, klik pada borders dan klik All borders.
Selepas itu, setkan size tulisan kepada 8.
LANGKAH 7:
Buka Insta Trader semula, kemudian klik pada MetaQuotes Language Editor. Kemudian, pada Navigator, klik pada Experts dan klik pada MA_MACD_EA.mq4

LANGKAH 8:
Selepas itu, pada line 30 sehingga line 35, tukarkan nilai MagicNumbers, Lots, StopLoss, TakeProfit, TrailingStop, Slippagemengikut data pada line pertama di Microsoft Excel. Kemudian, setelah tukar nilai-nilai tersebut, klik compile. Pastikan tiada error.
LANGKAH 9:
Seterusnya, buka semula Insta Trader, kemudian klik pada Expert properties, dan klik pada inputs, kemudian klik Reset.
LANGKAH 10:
Selepas itu, pada Strategy Tester, tick pada Visual Mode dan untick pada kotak Optimization. Kemudian klik Start.












No comments:
Post a Comment